Masalah TCC Syarikat?

Dapat Projek Kerajaan?

Pening kerana tiada Tax Clearance Certificate (TCC)?

Dah siap projek kerajaan tetapi bayaran masih belum diproses kerana tiada TCC?

Kami Bantu Anda Selesaikan Isu Akaun dan Pematuhan TCC

Kami menyediakan rekod akaun yang diperlukan, membuat semakan bersama ejen cukai dan akauntan, serta membantu pelanggan mengambil tindakan susulan terhadap status TCC mereka.

Makluman penting: Pengeluaran TCC oleh LHDN adalah percuma.

Bayaran RM1,500 yang dikenakan bukan bayaran kepada LHDN dan bukan yuran pengeluaran TCC. Bayaran tersebut adalah untuk khidmat penyediaan Management Account / Profit & Loss bagi tahun 2024 dan 2025, penyediaan General Ledger bagi tahun kewangan 2024 dan 2025, serta khidmat ejen cukai dan akauntan untuk proses semakan akaun dan tindakan susulan berkaitan.

RM1,500 Yuran khidmat profesional
2024 & 2025 Management Account dan GL
Seawal 2 Minggu Selepas dokumen lengkap diterima
Management Account / P&L

Penyediaan akaun pengurusan dan Profit & Loss bagi tahun 2024 dan 2025.

General Ledger

Penyediaan dan pengkategorian transaksi General Ledger bagi tahun kewangan 2024 dan 2025.

Semakan Ejen Cukai

Semakan kedudukan akaun, rekod cukai dan isu yang perlu diselesaikan sebelum status TCC boleh dikemas kini.

Semakan Akauntan

Semakan konsistensi rekod dan dokumen kewangan sebelum tindakan susulan dibuat.

Flow Proses Khidmat Kami

1
Semak Status TCC di MyTax

Pelanggan menyemak dan mencetak status TCC melalui menu Status MyTax untuk mengenal pasti punca status Tidak Patuh.

2
Hantar Dokumen Syarikat

Hantar penyata bank 2024 dan 2025, dokumen SSM serta rekod tambahan yang berkaitan.

3
Penyediaan Management Account dan General Ledger

Kami menyediakan P&L, Management Account dan General Ledger berdasarkan transaksi yang diterima.

4
Semakan Akauntan dan Ejen Cukai

Rekod akaun disemak untuk mengenal pasti dokumen, pemfailan atau tindakan cukai yang masih belum lengkap.

5
Tindakan Susulan Dengan LHDN

Pelanggan dibantu mengambil tindakan susulan terhadap isu ketidakpatuhan berdasarkan keperluan dan arahan LHDN.

6
Semak Semula dan Cetak TCC

Selepas isu diselesaikan dan status dikemas kini oleh LHDN, pelanggan boleh menyemak serta mencetak semula TCC melalui MyTax.

Syarat dan Skop Pakej

  • Pakej RM1,500 meliputi tahun 2024 dan 2025.
  • Tahun tambahan dikenakan caj RM300 bagi setiap tahun.
  • Penyediaan akaun dibuat berdasarkan penyata bank sahaja.
  • Jualan, belian, invois atau transaksi di luar penyata bank perlu disediakan oleh pelanggan dalam format Excel.
  • Tempoh seawal dua minggu dikira selepas semua dokumen lengkap diterima.
  • Sebarang tunggakan cukai, penalti atau bayaran kepada LHDN tidak termasuk dalam yuran RM1,500.
  • Status dan pengeluaran TCC tertakluk kepada rekod, semakan dan keputusan LHDN.

Contoh Dokumen TCC

Contoh TCC — Tidak Patuh
Contoh TCC berstatus Tidak Patuh

Antara punca lazim: BNCP belum dikemukakan atau mempunyai tunggakan cukai yang belum diselesaikan.

Contoh TCC — Patuh
Contoh TCC berstatus Patuh dengan maklumat peribadi disorok

Maklumat peribadi dan kod QR telah disorok untuk tujuan perlindungan data.

Garis Panduan Rasmi Pelaksanaan TCC

Muat turun Garis Panduan Operasi Bil. 1 Tahun 2025 berkaitan pelaksanaan TCC ke atas perolehan Kerajaan.

Muat Turun Garis Panduan TCC

Jangan Biarkan Isu Akaun Mengganggu Peluang Projek Kerajaan Anda

Hubungi kami untuk semakan awal dokumen dan penerangan proses.

WhatsApp Sekarang 018-288 9932